Monday, May 18, 2009

Grenland Group (M) setuju perjanjian..

Pada jam 14.00 waktu tempatan, bertempat di Kompleks Antarabangsa iaitu dimana syarikat Grenland Group (M) beroperasi telah termeterainya satu perjanjian penajaan bagi pasukan futsal Grenland FC. Sesi perjanjian ini telah berlangsung selama 15min di pejabat pengurus besar Grenland Group (M) yang dihadiri beberapa pemain Grenland FC sendiri iaitu Mohd Ehsan (ah-mei) & Sharul Redzuan (wan) bersama-sama team coach yg baru je dilantik sebelum sesi perjanjian diadakan. Teoh Eng Boo (ah-boo) selaku jurulatih baru Grenland Fc yg pertama amat berbangga dan bersemangat kental utk memajukan pasukan Grenland FC ini..beliau berjanji akan turut bersama-sama pasukan utk menghadapi ape jua cabaran dan rintangan bagi memajukan pasukan Grenland FC...(syabas ah-boo kerna semangat barunya itu...hahaa) Gambar disebelah ini adalah Pengurus Besar Grenland Group (M) selaku pengurus pasukan Grenland FC.


Dan ini pula gambar team coach Grenland FC yg berjiwa bola lagi berexperience..hehe
jadi sama2 lah kita pemain2 dan coach baru ini bersatu dan membimbing antara satu sama lain..majulah sukan Futsal utk Grenland FC dan negara terchentaku Malaysia..

Undilah Barisan Nasional..hak2..

Sunday, May 17, 2009

Mini Tourney: Friday Futsal


Venue: Ampang Sp
Time: 930mlm-1201pg 15/05/2009


Players:
1)Ehsan
2)Wan
3)Ricky
4)Alan
5)Fareez
6)Shah
7)Opie zami

Court 4:
LI FC
Court Soccer
Grenland FC
Tangs


1) Grenland FC vs Court Soccer
-hahahahahaha..wlpun mulanya berlaku sedikit kekeliruan krn tiba2 court soccer berada dlm group yg sama menggantikan team Jebat FC.dijadualkn 1st game kita menentang court soccer ttp ditunda dgn alasan player court soccer x cukup..inilah salah satu permainan pihak pengurusan FF.x adil..x adil..mentang2la court soccer tiap2 mgu main FF.
Tapi lawan tetap lawan..mase frendly kita dah tau corak permainan diorg mcm mane..chaiyok2!!
Grenland berjaya menjaringkan gol hasil tolakan mudah dr Fareez.celah kangkang tu!!!!oooolllleeeee....haha..asakan dr court soccer berjaya dikekang dgn baik.malangnya diminit2 terakhir game, mereka berjaya juga membolos gol kita.adoyaii..

Result: Grenland FC (1) Court Soccer (1)

2) Grenland FC vs Tangs
- target dlm game kedua ialah utk mencari gol sebanyak mgkin..ini kerana melihat kpd team court soccer yg mempunyai kelebihan jaringan apabila menentang Tangs.mereka menang dgn jaringan yg besar iaitu 5-2..tapi saingan yg diberikan oleh bdk2 tangs kira agak mencabar jgk.walaupun kita dah mendahului dgn 3 gol tapi di akhir permainan mereka masih berjaya menghasilkan 1 gol.

Result: Grenland FC (3) Tangs (1)

3) Grenland FC vs LI FC
-kali ni pihak pengurusan FF skali lg menampakkan ketidakadilan mereka dgn mencampakkan kita bermain di court 2.mgkin sbb xnak kasi kita tgk court soccer main lawan tangs kot.hehe..
sblm ni kita main 7mnt tapi last game menentang LI FC ni cuma main 4 mnt jer..takut kita dpt score byk kot..ish..ish..mcm mane malaysia nak maju mcm ni???
Result: Grenland FC (2) LI FC (0)
Court soccer menang 7-0 menentang Tangs..so,kesimpulannya "ha lu pk la sendiri!!'..

Friday, May 15, 2009

Friendly : Grenland FC vs Court Soccer


Venue: Ampang Sp
Time: 10mlm 12/05/2009

Players:
1)Ehsan
2)Wan
3)Omar
4)Ricky
5)Shah
6)Fareez
7)Fajar


Game menentang Court Soccer boleh dianggap yg paling mencabar dlm kesemua frendly sblm ni..biasela team diorg dah biase menang dlm tournament.Grenland pun penah tewas dgn court soccer sblm ni dlm tournament i-Metro.tp berpegang pd prinsip 'jgn mudah mengaku kalah' selagi wisel penamat belum dibunyikan...hahahaha.Mula2 lg kita dah kena 3 gol dgn gerakan pantas diorg..tu la hasilnya klu byk latihan.diorg tiap2 mgu mmg ade latihan sesama sendiri.kita cuma byk main frendly jer..mcm mane nak maju???hehehehe..yakin boleh!!
wlubagaimanapun, Grenland berjaya juga menjaringkan gol dgn gerakan yg x disangka2.tau2 jer gol..pastu dgn percubaan jarak jauh juga membuahkan hasil buat Grenland.Cara court soccer main mmg simple & sistematik.diorg xde nak main individual skill pun..cuma long pass & one touch byk digunakan.so..kita pun kena blaja main mcm tu walaupun dah byk peningkatan.
Akhirnya, game berkesudahan dgn keputusan memihak kepada Court Soccer..;-)

Result : Grenland (9) Court Soccer (14)

Tuesday, May 12, 2009

Keje Overtime!!!!


Wahai penyamun2 smua!! Ini malam kita keje overtime!!!!!!!
kasi ole sama itu court soccer!!!!hahahahaha!!!!jahat tol la...
ape2 pun..korang bolos je la gol pihak lawan nnt k!!
Bersedia @ tidak????bolos saja gol diorg tu!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Sunday, May 10, 2009

Friendly vs Kick-Ka FC


Venue: Sport Seven Wangsa Maju
Time: 1100mlm-100pg(2hrs) 08/05/2009

Players:
1)ehsan
2)Wan
3)Omar
4)Ricky
5)Rauf
6)Fareez
7)Alan
8)Shah
9)Opie

Game menentang Kick ka FC mmg best!!Buat pertama kalinya Grenland FC main frendly 2jam.hahaha..boleh tahan gak penatnya.
mula2 masuk court,dah mula gentar bila dgr team kick ka ni agak power.melalui risikan, diorg dah kalahkan team setapak jaya yg mana kita kalah dgn diorg.huhu..so..kesimpulannya,team kick ka ni lg power dr setapak jaya.hehehhe..tp bola tu bulat.kita jgn mudah mengaku kalah..
dpendekkan citer..at the beginning, diorg dah score 3 gol berturut2.cara diorg main mmg sistematik.rasenya diorg dah over confidence blh makan team kita.ehehehehe..tp mcm biase grenland mgkin lmbat panas.bila dah dpt rentak kita berjaya menjaringkan gol demi gol.diorg plak yg hilang rentak..permainan mula bertukar sedikit ganazz..biasela kita dah leading kan..haha.ape2 pun, smuanya masih under control cuma mgkin diorg main dlm tekanan.kita??kita masih dpt mengawal prasaan kot.hmm..Finally, kita berjaya mengalahkan team kick ka ni.
Good game guys!!
Result : Grenland FC (19) Kick-Ka FC (14)

Sunday, May 3, 2009

Pertandingan Futsal 100 Tahun Sia 3 Mei 2009

Venue: HTO De Futsal, Subang
Time: 930 Pagi 3/05/2009

Players:
1) Ehsan
2) Wan
3) Omar
4) Ricky
5) Rauf
6) Poogy
7) Alan
8) Fareez

Keputusan dlm kumpulan:

Court 3: Grenland FC (2) Sia (2)
Grenland FC (2) Rocky (2)
Grenland FC (2) Meena FC (1)

Grenland FC naib johan dlm kumpulan..malangnya penganjur hanya memilih johan untuk layak ke peringkat seterusnya..:-(

Friendly : Grenland FC vs EPP Futsal Team


Venue: Ampang SP
Time: 8 malam 1/5/2009

Players:
1) Ehsan
2) Wan
3) Ricky
4) Rauf
5) Ayem
6) Alan
7) Fareez

Score: Grenland FC (10) EPP Futsal Team (5)

Copa Del Ray's

Copa Del Ray's